1. Home
  2. About
Usahawan · Penulis buku · Jurulatih

Hai, saya Saifullah Suratmin.

Saya menulis dan melatih tentang akaun, cukai dan kewangan, iaitu bidang yang selalu dianggap rumit, sedangkan ia hanya perlu diterangkan dengan betul.

Saifullah berceramah dengan mikrofon
Kisah saya

Kenapa saya mula menulis

Saya mula menulis kerana soalan yang sama berulang setiap kali saya berjumpa pemilik bisnes. Untung ke mana? Kenapa bank tolak permohonan pinjaman? Perbelanjaan mana yang boleh ditolak cukai? Semuanya soalan asas, tetapi jawapannya selalu diberi dalam bahasa yang orang bisnes tidak faham.

Jadi saya ambil pendekatan yang berbeza: terangkan dahulu, kemudian barulah cakap tentang khidmat. Sampai hari ini itulah cara saya bekerja, melalui tulisan, video, kelas latihan dan buku.

Bidang ini tidak rumit, hanya jarang diterangkan dengan betul.
15tahun dalam bidang
1000+usahawan mendapat latihan
300+artikel telah ditulis
500+kandungan video diterbitkan
Apa yang saya percaya

Empat pegangan kerja

  • Terangkan, jangan pujuk.

    Orang yang faham akan buat keputusan sendiri. Itu lebih baik daripada dipaksa.

  • Angka dahulu, perasaan kemudian.

    Keputusan bisnes yang baik bermula dari rekod yang betul, bukan dari semangat.

  • Kecil pun perlu sistem.

    Bisnes mikro bukan alasan untuk tiada rekod. Sistem yang ringkas sudah cukup untuk mula.

  • Rancang, buat, analisa, ulang.

    Wajib rancang, wajib buat, wajib analisis. Kemudian ulang.

Ikut saya untuk nota kewangan harian

Saya kongsi tip akaun, cukai dan kewangan bisnes di media sosial hampir setiap hari.