Kelas live percuma · Setiap minggu melalui Zoom

Daftar sekali. Belajar urus kewangan bisnes setiap minggu, percuma.

Setiap Khamis saya ajar satu topik kewangan bisnes secara live: kira untung sebenar, susun rekod, cash flow dan cukai. Tuan puan cuma perlu daftar sekali, dan boleh hadir semua kelas.

  • Daftar sekali untuk semua kelas mingguan
  • Live melalui Zoom, 60–90 minit setiap kelas
  • Soal jawab terus tentang bisnes tuan puan
  • Ebook atau template percuma selepas kelas
Isi borang pendaftaran Percuma. Ambil masa sekitar 3 minit.
Saifullah mengajar di hadapan peserta
Saifullah semasa mengajar
15
tahun dalam bidang
1000+
usahawan dilatih
300+
artikel ditulis
RM0
untuk hadir kelas
Jadual Disember 2026

Satu topik setiap Khamis

Satu pendaftaran untuk semua kelas. Pautan Zoom dihantar dalam WhatsApp community sebelum setiap kelas. Setiap topik berdiri sendiri, jadi tak rugi kalau terlepas satu minggu.

  1. Dis03Khamis

    5 Perkara Owner Enterprise Perlu Siapkan Sebelum Tutup Tahun

    Rekod apa yang perlu lengkap sebelum 31 Disember, dan apa yang selalu tertinggal.

    Minggu 1 · 3:00–4:30 ptg · ZoomChecklist Rekod Akhir Tahun
  2. Dis10Khamis

    Cara Kira Untung Sebenar Bisnes, Bukan Sekadar Tengok Sales

    Beza jualan, untung kasar, untung bersih dan duit di bank, dengan contoh angka sebenar.

    Minggu 2 · 3:00–4:30 ptg · ZoomTemplate Kiraan Untung Asas
  3. Dis17Khamis

    Cara Susun Resit, Invois & Bank Statement

    Sistem fail mudah untuk dokumen bulanan, fizikal dan digital.

    Minggu 3 · 3:00–4:30 ptg · ZoomChecklist Dokumen Bulanan
  4. Dis24Khamis

    Cara Asingkan Duit Bisnes dan Duit Peribadi

    Akaun, gaji owner dan cara rekod duit keluar masuk supaya untung tak kabur.

    Minggu 4 · 3:00–4:30 ptg · ZoomTemplate Rekod Duit Masuk/Keluar

Masa kelas masih sementara. Kalau ada perubahan, saya maklumkan terus kepada peserta berdaftar.

Untuk siapa

Kelas ini untuk tuan puan jika…

  • Tuan puan owner bisnes yang urus kewangan sendiri, tanpa staf akaun khusus.
  • Jualan ada, tapi tak pasti berapa untung sebenar bisnes.
  • Resit, invois dan bank statement masih bersepah.
  • Peniaga Shopee atau TikTok Shop yang pening dengan caj dan settlement.
  • Risau bila fikir tentang cukai dan LHDN.
Saifullah berceramah dengan mikrofon
Siapa yang mengajar

Hai, saya Saifullah Suratmin.

Saya usahawan, penulis buku dan jurulatih akaun, cukai dan kewangan. Apa yang saya ajar datang dari pengalaman menguruskan bisnes sendiri dan bisnes pelanggan.

Pegangan saya mudah: bidang ini tidak rumit, hanya jarang diterangkan dengan betul. Dalam kelas, saya terangkan dengan bahasa orang bisnes, bukan bahasa akauntan.

Pendaftaran

Isi borang pendaftaran

Isi borang di bawah untuk daftar semua kelas. Ambil masa sekitar 3 minit.

1 · Maklumat tuan puan

2 · Tentang bisnes tuan puan

Siapa urus akaun sekarang?

Cabaran utama (boleh pilih lebih dari satu)

Adakah tuan puan berminat untuk sesi konsultasi 1 jam secara online bersama saya, dengan harga RM150?

3 · Persetujuan

Maklumat tuan puan dilindungi mengikut Notis Privasi.

Soalan lazim

Sebelum tuan puan daftar

Betul ke kelas ini percuma?

Ya. Kelas live ini percuma. Tiada bayaran untuk mendaftar atau hadir.

Perlu daftar untuk setiap kelas?

Tidak. Daftar sekali sahaja dan tuan puan boleh hadir semua kelas mingguan.

Kelas dijalankan di platform apa?

Zoom, secara live. Pautan Zoom dikongsi dalam WhatsApp community sebelum setiap kelas bermula.

Kalau saya terlepas satu kelas?

Setiap topik berdiri sendiri. Tuan puan boleh terus hadir kelas minggu seterusnya.

Kenapa borang ini panjang?

Supaya saya boleh pastikan kelas sesuai untuk peserta, dan sediakan contoh mengikut jenis dan saiz bisnes. Untuk jualan bulanan, tuan puan boleh pilih "Tidak mahu nyatakan".

Adakah grup WhatsApp akan dipenuhi iklan jualan?

Tidak. Grup digunakan untuk pautan Zoom, peringatan kelas dan bahan persediaan. Saya hanya menghubungi tuan puan tentang servis jika tuan puan bersetuju dalam borang.

Kelas pertama: Khamis, 3 Disember

Daftar sekali sekarang, dan pautan Zoom untuk setiap kelas akan sampai di WhatsApp tuan puan.