1. Maklumat yang dikumpul
Bila tuan puan mengisi borang di laman ini, maklumat berikut mungkin dikumpul:
- Nama, nombor WhatsApp dan alamat e-mel.
- Nama syarikat, peranan, jenis perniagaan dan anggaran jualan bulanan.
- Cabaran kewangan bisnes dan servis yang diminati.
- Maklumat yang tuan puan tulis sendiri dalam ruangan mesej.
2. Tujuan penggunaan
Maklumat tuan puan digunakan untuk:
- Mengesahkan pendaftaran kelas dan menghantar pautan Zoom, peringatan dan bahan kelas.
- Menghantar ebook atau template selepas kelas.
- Menyesuaikan contoh dan topik kelas mengikut jenis dan saiz bisnes peserta.
- Membalas pertanyaan yang tuan puan hantar.
3. Persetujuan pemasaran
Penyertaan kelas tidak bergantung pada persetujuan pemasaran. Saya hanya akan menghubungi tuan puan tentang servis berbayar, seperti bookkeeping atau konsultasi, jika tuan puan menandakan persetujuan berasingan dalam borang. Persetujuan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
4. Perkongsian dengan pihak lain
Maklumat tuan puan tidak dijual kepada sesiapa. Ia hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan kelas dan komunikasi, seperti platform Zoom, WhatsApp, e-mel dan sistem pengurusan pelanggan, serta dengan pasukan yang menguruskan kelas dan servis.
5. Penyimpanan dan keselamatan
Maklumat disimpan selagi diperlukan untuk tujuan di atas, dan dilindungi dengan langkah keselamatan yang munasabah. Maklumat yang tidak lagi diperlukan akan dipadam.
6. Hak tuan puan
- Meminta akses kepada maklumat peribadi yang disimpan.
- Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat.
- Menarik balik persetujuan pemasaran pada bila-bila masa.
- Meminta maklumat dipadam, tertakluk kepada keperluan undang-undang.
7. Hubungi kami
Untuk sebarang permintaan berkaitan data peribadi, hubungi saya melalui page Contact atau e-mel saifulsya@gmail.com.
Notis ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini.