Ramai owner rasa bersalah bila guna duit bisnes untuk keperluan sendiri. Ada yang rasa sangat bersalah, ada yang tak rasa apa-apa. Tapi hampir semua tak mahu terus begitu.
Apa maksud merompak bisnes
Merompak bisnes bermaksud mengambil duit lebih daripada yang sepatutnya, tanpa rekod, dan duit itu terus keluar dari bisnes. Contohnya gaji owner ditetapkan RM3,000 sebulan, tapi owner ambil lebih untuk keperluan lain.
Pinjam duit bisnes dan direkod sebagai pinjaman lain ceritanya. Yang jadi masalah ialah ambil begitu sahaja.
3 tanda owner sedang merompak bisnes
- Guna duit bisnes untuk bercuti. Percutian keluarga dibayar terus dari akaun bisnes.
- Beli barang peribadi guna duit bisnes. Contohnya telefon baru untuk kegunaan sendiri.
- Bayar hutang peribadi guna duit bisnes. Ansuran personal loan dibayar dari akaun bisnes.
Yang ini bukan merompak
- Ambil gaji daripada bisnes.
- Ambil tunggakan gaji lama yang belum dibayar.
- Bayar ansuran rumah dan kereta menggunakan gaji tersebut.
Bezanya? Owner juga bekerja dalam bisnes, jadi memang perlu ambil gaji. Masalahnya ramai owner tak tetapkan gaji. Bulan ini RM5,000, bulan depan RM9,000, ikut keperluan.
Gaji mesti tetap. Kalau tidak, itulah yang dipanggil merompak bisnes.
Duit yang keluar tanpa had ini juga antara sebab bisnes untung tapi duit tak nampak.
Langkah mula minggu ini
- Tetapkan satu jumlah gaji bulanan untuk diri sendiri.
- Pindahkan gaji itu ke akaun peribadi sekali sebulan, pada tarikh yang sama.
- Semak penyata bank bisnes 3 bulan lepas. Tandakan setiap belanja peribadi.
- Kalau perlu ambil lebih, rekod sebagai pinjaman dan tetapkan bila nak bayar balik.
Baca juga3 Cara Tetapkan Gaji Pemilik Bisnes →
Artikel ini ialah pendidikan umum dan bukan nasihat cukai, perakaunan atau perundangan untuk situasi khusus tuan puan. Angka dalam contoh adalah ilustrasi.