Membership · Portal pembelajaran

Semua course, rakaman webinar, template dan jawapan yang tuan puan perlukan, dalam satu portal.

Webinar live percuma cuma sekali seminggu. Dengan Membership, tuan puan buka semua course, ulang setiap rakaman webinar, guna template yang sama saya guna, dan bertanya terus dalam portal. Semuanya RM39 sebulan.

RM39 / bulan

atau RM390 setahun · Batal bila-bila masa

Gambaran portal. Rupa sebenar mungkin berbeza bila portal e-learning dilancarkan.

Kenapa Membership

Kelas seminggu sekali selalunya tak cukup

Mungkin tuan puan pernah rasa begini:

  • "Saya terlepas kelas minggu lepas, dan topik itu yang paling saya perlukan."
  • "Masa kelas faham, tapi bila buka akaun sendiri, terlupa langkahnya."
  • "Saya ada soalan tentang bisnes saya, tapi tak sempat tanya masa kelas."
  • "Saya nak template yang terus boleh guna, bukan mula dari kosong."

Membership dibina untuk selesaikan empat masalah ini.

Apa yang ahli dapat

Empat perkara, satu harga

Rakaman semua kelas live

Setiap kelas mingguan dirakam dan masuk ke portal. Tonton semula bila-bila masa, sekerap mana yang tuan puan perlu. Rakaman baru ditambah setiap minggu.

Resources: ebook, template & checklist

Template kiraan untung, rekod duit masuk keluar, checklist dokumen dan lain-lain. Muat turun dan terus guna dalam bisnes.

Ruang Tanya dalam portal

Tanya soalan tentang bisnes tuan puan sendiri. Soalan dijawab oleh saya atau pasukan saya dalam portal, dan ahli lain boleh belajar dari jawapan yang sama.

Membership

Semua course, tanpa bayaran tambahan

Course yang dijual dari RM69 setiap satu kepada orang awam. Ahli dapat akses penuh kepada semuanya, termasuk setiap course baru yang diterbitkan selagi tuan puan menjadi ahli. Lihat semua course.

Cara ia berfungsi

Mula dalam tiga langkah

  1. Pilih pelan & bayar

    Bulanan RM39 dengan kad debit/kredit (dicaj automatik setiap bulan), atau tahunan RM390 sekali bayar melalui FPX.

  2. Log masuk portal

    Akses rakaman, resources, panduan premium dan Ruang Tanya serta-merta.

  3. Belajar ikut masa sendiri

    Tonton, baca panduan, muat turun template, dan tanya bila tersekat. Hadir kelas live macam biasa.

Kenapa RM39

Lebih murah daripada satu kesilapan kecil dalam akaun

RM39 sebulan ialah lebih kurang RM1.30 sehari. Kurang daripada secawan teh tarik.

Bandingkan dengan kos yang owner biasa tanggung bila rekod tak tersusun: belanja yang tak dapat dibuktikan, harga jual yang dikira tanpa kos sebenar, atau berjam-jam mencari resit setiap hujung tahun. Satu tabiat baik yang tuan puan pelajari dalam portal sudah cukup untuk menebus yuran bertahun-tahun.

Saya tetapkan harga RM39 supaya owner bisnes kecil pun mampu belajar secara konsisten, bukan sekali-sekala.
Percuma vs ahli

Kelas percuma bagus. Membership lebih lengkap.

PercumaMembership RM39
Kelas live mingguanYaYa
Rakaman kelasTidakSemua kelas
Ebook, template & checklistSatu selepas isi maklum balasSemua resources
BertanyaMasa kelas sahajaBila-bila masa dalam Ruang Tanya
CourseCourse asas sahajaSemua course
Saifullah berceramah dengan mikrofon
Siapa yang mengajar

Hai, saya Saifullah Suratmin.

Saya usahawan, penulis buku dan jurulatih akaun, cukai dan kewangan. Semua bahan dalam portal datang dari masalah sebenar yang saya jumpa dalam bisnes pelanggan.

15
tahun dalam bidang
1000+
usahawan dilatih
300+
artikel ditulis
Jadi Member

Satu pelan. Semua akses.

Membership

RM39 / bulan

atau RM390 setahun (jimat RM78) · Batal bila-bila masa

  • Rakaman semua kelas live
  • Ebook, template & checklist
  • Ruang Tanya dalam portal
  • Semua course, termasuk course baru

Kad debit / kredit sahajaDicaj automatik setiap bulan. Hentikan bila-bila masa.

FPX (online banking) atau kadBayar sekali untuk 12 bulan. Tiada caj automatik.

Soalan lazim

Sebelum tuan puan sertai

Apa beza Membership dengan webinar percuma?

Webinar percuma ialah sesi live mingguan sahaja. Membership tambah semua course, rakaman semua webinar, semua resources dan Ruang Tanya dalam portal.

Kaedah bayaran apa yang diterima?

Pelan bulanan RM39 hanya boleh dibayar dengan kad debit atau kredit, kerana yuran ditolak secara automatik setiap bulan. Pelan tahunan RM390 dibayar sekali sahaja, jadi tuan puan boleh guna FPX (online banking) atau kad.

Kenapa pelan bulanan tak boleh guna FPX?

FPX hanya untuk bayaran sekali dan tidak boleh ditolak secara automatik setiap bulan. Kalau tuan puan lebih selesa dengan FPX, pilih pelan tahunan. Ia juga lebih murah (jimat RM78 berbanding 12 bulan).

Boleh batal bila-bila masa?

Pelan bulanan: hentikan auto-renew sebelum tarikh bayaran seterusnya, dan akses kekal sehingga tamat bulan yang telah dibayar. Pelan tahunan: tiada caj automatik. Saya akan hantar peringatan sebelum 12 bulan tamat, dan tuan puan pilih sama ada mahu sambung.

Bagaimana cara bertanya dalam Ruang Tanya?

Log masuk portal, tulis soalan tentang bisnes tuan puan, dan saya atau pasukan saya akan menjawab dalam portal. Jawapan boleh dibaca semula bila-bila masa.

Kalau saya sudah beli satu course?

Course yang dibeli kekal milik tuan puan selamanya. Membership pula buka semua course lain selagi langganan aktif.

Bila rakaman kelas masuk ke portal?

Rakaman setiap kelas live dimasukkan ke portal selepas semakan kualiti, biasanya tidak lama selepas kelas.

Boleh tonton di telefon?

Boleh. Portal boleh dibuka di telefon, tablet atau komputer.

Saya belum pernah hadir kelas percuma. Boleh terus jadi ahli?

Boleh. Tapi kalau mahu kenal cara saya mengajar dulu, daftar kelas percuma pun dialu-alukan.

Mula belajar dengan konsisten, RM39 sebulan

Semua course, rakaman webinar, resources dan Ruang Tanya, semuanya dalam satu portal.